Friday, September 18, 2009

AIDILFITRI 1430 HIJRAH

Selamat Berhari Raya kepada semua umat islam termasuk yang posa tak penuh, sebulan berpuasa melatih diri kita tentang perkara2 yang baik, teruskan la segala kebaikan yang diperolehi, jangan hanya setakat di ramadhan saja kita jadi pengunjung setia ke masjid dan surau, teruskanlah segala kebaikan yang kita lakukan di bulan ramadhan...
time raya nih tak sah kalau tak dak open house... macam selalu, pihak pejabat pun akan buat open house gak, dengan segala hormatnya mempersilakan saudara saudari berkunjung ke rumah terbuka pbsd kota setar 2009 pada 04hb oktober 2009 / 15 syawal 1430h pada jam 12.00 tgh sampaila ke 3.oo ptg
pakaian bebas, elok sangat lah tuh tengah2 bulan syawal, masa nih pun dah kurang dah orang buat open house, jemput tau datang... bawak gf boleh bawak mak dan abah pun eh, bawak adik2 pun boleh, kalau ada kakak ajak kakak sama tau! kenal-kenalkanlah keluarga dan insan kesayangan anda dengan kami di sini....
menu jamuan raya nih tak dapat didedahkan lagi, yang bestnya tahun nih, ada artis jemputan, sambil makan sambil layan lagu live tau, mai la ramai2 beraya dengan kami, lupakan sengketa lama jika ada, kami pun manusia biasa, tak lari dari kesilapan, time nih la nak bermaaf-maafan.... kita hidup tak lama.... kedah ni pun tak luas mana, sama2 la kita menjaganya...
akhir kata
kami di pejabat belia dan sukan daerah kota setar
memohon ampun dan maaf kepada semua belia2 dan persatuan-persatuan
terlebih terkurang tu harap dihalalkan
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1430H

About Me

No 228, Tingkat 1 & 2, Kompleks Komersial & Terminal Bas Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah 05350, Alor Star, Kedah Darul Aman